VISI
Pusat Sumber SMK Baroh Pial sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat bagi melahirkan generasi bestari dan berketrampilan
MISI
1. Menjadikan pusat sumber SMKBP sebagai pusat kesepaduan ilmu yang lewah dengan pelbagai maklumat dan koleksi bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif serta pengaplikasian teknologi terkini.
2. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan rujukan serta media yang berkualiti bagi memenuhi keperluan semua warga sekolah.
3. Membina dan meningkatkan budaya penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan guru dan murid bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
4. Menggiat dan menyuburkan budaya keintelektualan melalui program akademik dan koakademik.
PIAGAM PELANGGAN PSS SMK BAROH PIAL
1 Semua warga SMK Baroh Pial berhak mendapat kemudahan pinjaman dan rujukan koleksi yang terdapat di PSS.
2 Menyediakan zon pembacaan yang kondusif untuk pelanggan.
3 Memastikan warga SMK Baroh Pial mendapat kemudahan bahan terkini dan mencukupi.
4 Memberikan perkhidmatan yang mesra kepada pelanggan.
5 Menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling tentang kaedah penghasilan, penggunaan dan penyelenggaraan bahan.
6 Menyediakan maklumat bahan dan peralatan yang terkini dan semasa.
7 Mementingkan warga SMK Baroh Pial sebagai warga yang bermaklumat.
8 Memastikan warga SMK Baroh Pial mendapat perkhidmatan yang mudah, cepat dan tepat.
9 Memberi khidmat kemahiran dan kepakaran dalam teknologi pendidikan kepada warga SMK Baroh Pial.
MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2. Membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru supaya lebih berilmu, dinamik, kreatif dan inovatif.
3. Membentuk golongan murid yang berilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.