SANGGAR ROHANI

ULUM AL-QURAN

      Ulum ialah perkataan jamak bagi ilmu. Ilmu tentang Al-Quran ini banyak, kalau belajar tidak akan habis. Sebagai umat Islam kita seharusnya belajar ilmu-ilmu tentang Al-Quran supaya kita tahu dan faham tentang isi kandungannya dan seterusnya beramal dan mempraktikkan segala perintah Allah SWT yang terkandung dalam Al-Quran. Jika sifat malas sudah menguasai diri, itu petanda hati kita sedang sakit. Malas belajar, malas beramal, malas solat, malas Qiamullail dan seribu satu malas lagi.Hati sakit sebab kita jauh daripada Allah SWT. Jauh daripada Allah kerana tidak ada ILMU. Tempat-tempat pengajian ialah klinik bagi mengubat hati-hati yang sakit ini. Menuntut ilmu terutama ilmu agama ialah jalan menuju ke syurga.Majoriti kita sekarang selalu berfikir tentang apa yang kita perlu ada (to have) bukan berfikir tentang apa yang kita akan jadi (to be). Sebab itulah kita sibuk mengumpulkan harta dan menghias rumah secara berlebih-lebihan. Dalam masa yang sama kita lupakan akhirat tempat kembali yang kekal abadi. Berfikir tentang kematian bermakna kita merancang kehidupan selepas mati.Oleh itu langkah yang pertama untuk menjadi taqwa ialah menuntut ilmu.

No comments:

Post a Comment