Sunday, 6 May 2012

Pengenalan PSS SMK Baroh Pial

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN SMK BAROH PIAL

1.      Lokasi sekolah terletak di kawasan perkampungan yang dikelilingi oleh belukar dan pokok getah yang menyediakan suasana yang nyaman dan selesa.
2.       Lokasi sekolah juga jauh dari jalan raya utama yang menyebabkan tiada gangguan dari bunyi bising kenderaan.
3.       Sekolah ini mempunyai banyak bilik-bilik kosong yang sesuai dijadikan bilik-bilik mata pelajaran yang tertentu untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
4.       Sekolah ini mempunyai jumlah pelajar yang sederhana ramai. Jadi kemudahan yang ada di sekolah mencukupi untuk dimanfaatkan oleh setiap pelajar.
5.       Sekolah mempunyai kemudahan LCD.
6.       Satu-satunya sekolah di kawasan Rantau Panjang yang mempunyai kemudahan Makmal Bahasa.
7.       Guru-guru yang berkelulusan ICT ramai di sekolah ini.


KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.       Pusat sumber sekolah ini dibuka untuk kegunaan warga sekolah setahun selepas sekolah dibuka.
2.       Ketika mula-mula dibuka Pusat Sumber sekolah ini hanya mempunyai lima koridor iaitu perpustakaan, Bilik Tayang, Makmal Bahasa, Bilik BBM dan NILAM.
3.       Pada tahun 2007 koridor Pusat Sumber bertambah menjadi enam dengan pembukaan bilik SAL.
4.       Seterusnya pada tahun 2011 koridor Pusat Sumber sekolah telah bertambah lagi dengan pembukaan beberapa koridor baru iaitu:

i.                    Bilik Bahasa Melayu
ii.                  Bilik Geografi
iii.                Bilik Matematik
iv.                 Pondok Ilmu
v.                  Kantin berinformasi

5.       Setakat ini koridor PSS SMK Baroh Pial ialah 11 buah. Semua kemudahan ini telah digunakan oleh warga sekolah.
6.       Semua koridor tersebut mempunyai kedudukan yang strategik iaitu di kawasan laluan guru dan pelajar serta tidak jauh dari bilik darjah kecuali Makmal Bahasa yang  kedudukannya agak jauh di tingkat tiga.  kedudukan yang strategik membolehkan kemudahan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dan pelajar.
7.       Koridor yang paling strategik ialah perpustakaan dan bilik Tayang yang terletak di tingkat bawah yang tidak sunyi dari kunjungan guru dan pelajar.
8.       Terdapat beberapa perancangan bagi meningkatkan lagi kemudahan yang terdapat di Pusat Sumber sekolah ini.
9.       Terdapat sebuah bilik kerja khusus disediakan untuk urusan yang berkaitan dengan bahan-bahan guntingan akhbar.
10.   Bahan-bahan yang terdapat di PSS sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.